Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk Bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang wartawan bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane.
Kuasa dan Kebolehan
Antara kebolehan istimewa Superman yang menjadi identitinya termasuk terbang di angkasa, kekuatan dan kekebalan perkasa, kelajuan yang amat pantas, kuasa matanya (sinar-X, penghasilan haba, infra-merah, teleskopik, mikroskopik) dsb. Contoh kuasa-kuasa tersebut digunakan adalah apabila Superman mengangkat sebuah kenderaan berat dengan kepalanya sendiri, dan melompat dalam jarak 1/8 kaki dalam masa kurang sesaat.Kelemahan paling utamanya ialah alahan kepada kriptonit, serpihan planet Kripton yang berubah menjadi bahan radioaktif oleh tenaga yang memusnahkan planet tersebut. Pendedahan kepada bahan ini menyebabkan kuasa perkasa Superman terus pudar dan menimbulkan rasa sakit yang amat parah dalam badannya.
THE INCREDIBLE
15 tahun kemudian, dua orang adiwira, Mr. Incredible (Craig T. Nelson) dan Elastigirl (Holly Hunter) sudah berkahwin dan menjalani kehidupan normal. Kini dikenali sebagai Bob dan Helen Parr, mereka berumah di pinggir bandar dan membesarkan tiga orang anak, Violet (Sarah Vowell), Dashiell ("Dash") (Spencer Fox) dan bayi Jack-Jack (Eli Fucile). Violet dan Dash memiliki kuasa luar biasa macam ibu bapa mereka, tetapi Jack-Jack seolah normal.
Suatu hari, Bob murung kerana dipecat dari syarikat Insuricare, sehingga Mirage (Elizabeth Peña), seorang ejen misteri, menghubungi Bob dan menawarkannya satu kerja yang bergaji amat lumayan: menewaskan robot pengkhianat Omnidroid 8000, di Nomanisan, sebuah pulau bergunung berapi yang tiada dalam peta. Bob terus menyahut cabaran dan menyelindungi kehilangan kerjanya dan kembalinya ke kerja adiwira. Bob berjaya menewaskan robot itu dan meminta khidmat Edna Mode untuk membaiki pakaian supernya.
Dua bulan kemudian, Mirage memanggil Bob dengan tugasan baru. Helen mendengar perbualan ini, tetapi tidak sedar apa yang dibualkan mereka. Sekembali bob ke pulau itu, dia diserang hendap dan ditewaskan oleh versi diperkukuh robot prototaip Omnidroid, lalu dijadikan tebusan Syndrome (Jason Lee) yang sebenarnya peminat Mr. Incredible sewaktu kecil bernama Buddy Pine yang hendak menjadi pembantunya.
Di rumah pula, Helen perasan sut super Bob telah dibaiki. Dia melawat Edna dan menyedari bahawa Bob kembali menjadi adiwira. Apabila menghubungi Insuricare dia juga mendapati Bob tidak bekerja di sana lagi. Edna juga mereka sut super untuk Helen dan anak-anak, lalu memesan Helen agar mengawal situasi.BATMAN
KEMAHIRAN DAN KEBOLEHAN
Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa super yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat getir. Komik-komik Batman selama ini tidak mejelaskan dengan terangnya bagaimana Bruce memperoleh kemahirannya.
Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.
PAKAIANRekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.
KELENGKAPAN
Batmobile ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.
MUSUH- Joker seorang penjahat berupa badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh tradisinya.
- Penguin atau Oswald Chesterfield Cobblepot seorang pendek dan gempal yang menggunakan pendekatan memperalatkan burung untuk menjalankan kerja jahatnya.
- Catwoman seorang penyamun berpakaian berbentuk kucing, yang digolongkan dalam tanda kelabu di antara yang baik dan yang jahat kerana adakalanya membantu Batman atau wira lain menumpaskan musuh lain.
- Riddler (Edward Nigma) gemar mempermainkan seluruh kota Gotham dengan mengeluarkan pelbagai teka-teki.
- Two-Face (Harvey Dent) terjejas sebelah mukanya akibat terkena bahan merbahaya.
- Mr Freeze (Victor Fries) menghuru-harakan kota Gotham dengan membeku dan menyejukkan seluruh kota tersebut.
- Poison Ivy (Dr. Pamela Lillian Isley) pula mengganggu ketenteraman Gotham dengan "menanam" tumbuh-tumbuhan gergasi yang buas dan mengancam.